Halaman

MyCorner Friends

Jumaat, 8 April 2011

TeLur PaLsu Pun Ada??


Selingan sebagai pengetahuan...ShARinG is CaRiNg


^
^
^
Kecoh di Negara kita pasal telur palsu..
Kenal pasti telur AsLi & PalSu


^
^
^


Cara mengenal pasti telur palsu/tiruan:




Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.



SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.


Cara2 nk buat telur PaLsU








Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya 
ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan 
kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan 
dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam 
sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai 
pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian 
menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 
yang telah menerima aduan daripada pengguna yang 
membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di 
pasar Pulau Tikus di sini Selasa.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan 
mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada 
lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat 
manakala kuning telur dan putih telur menggunakan 
bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid 
benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna 
makanan.

"Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan 
kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, 
otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil 
tindakan segera merampas dan mengharamkan 
semua telur ayam palsu itu kerana ia akan 
memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk 
kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang 
hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau 
menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau 
Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan 
seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam 
radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan 
terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya 
dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan 
telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas.

Sumber:
MaCAm-mACAm 

4 comments:

izzanis berkata...

kerana wang.. macam ni pun sanggup.. :(

NoRHaNa CorNER berkata...

itulah...dgr dlm berita bgthu bukan telur tiruan yg ada telur cacat..harap2 berita ini benar...

hud aikara berkata...

NAK SINGGAH KAT CINI..ANA, CAKKKK! HEHEHEHE

NoRHaNa CorNER berkata...

singgah jgn x singgah

Catat Ulasan

CoMMent SiKiT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...