Halaman

MyCorner Friends

Rabu, 29 Jun 2011

Begini Citernya

Dalam diri ni suka sangat kat kucing..dari zaman budak2 sampai sekarang...Dulu aku n famili pernah bela kucing, arnab & ayam tapi tak kekal..aku pun tak ingat yg zaman2 sekolah maklumlah dah lama sangat...

Setelah melalui suatu tempoh yg panjang naluri aku memberitahu untuk membela kucing..cari punyer cari punyer cari..adalah pada suatu pagi jeng.. jeng.. jeng...

Waktu itu aku & adik berjogging di pantai..selepas menghabiskan larian beberapa round kitorg pun lepak di pantai..dalam waktu lepak tu aku ternampak seekor anak kucing terbiar sekitar umur 4 bulan rasanya .tp kubiarkan dulu hasrat tu...

Next weeknya aku jogging dgn berharap akan jumpa kucing tu lagi tp tidak..huhuhu..
 Seperti situasi selepas jogging kali ini yg lain plak aku jumpa, 2 ekor kitten ku kira umurnya baru 1bulan lebey ermmm tak nampak pulak ibunya..x pasti dibuang bersama ibunya atau tidak...dalam hati terdetik kalau ambik utk membela diorg...tp sampai di situ sahaja sampailah aku balik, hati aku makin mendesak suruh p ambik anak2 kucing tu...rupanya adik aku pun sama..apa lagi aku bwk beg kertas untuk letakkan diorg maklumlah kotak2 xde..so capai mana yg ada yg penting nk bwk diorg balik bela...

Sampai je kat umah aku & adik dgn semangat bersih2kan diorang...tp pada esok harinya salah seekor mati..masa tu aku x terfikir keadaan dia yg pasif & aku p mandikan dia...sungguh aku tak tahu kalau ini bakal terjadi, aku tak mahu...aku tak mahu ianya terjadi...apa yg aku mahu membela diorg dengan sebaik-baiknya.
Perasaan bersalah mula menerpa...

Tinggallah yg seekor lagi ku bela n belai...yg menjadi kekhuatiran adalah dia mudah pergi kepada sesiapa yg berhampiran...kekhuatiran tu menjadi kenyataan bila ianya hilang..nak tuduh sapa? masa tu yg ada makcik  menyapu sampah dkt ngn pagar rumah..tp aku tak tertanya..mana mungkin dia ambik...kalau dia ambik & bela sebaik mungkin Alhamdulillah...

Sudahnya waktu itu tiada kucing lagi menghuni di rumah ku....

meowww..meowww..meowwww panggilan kucing memanggil-manggil....

Dalam hati masih mendesak utk bela kucing..hinggalah pada suatu pagi aku & rakan2 sepejabat makan..makanya nampaklah seekor kucing yg begitu menarik perhatian aku..colour orange spt garfiled kurus  menunggu ehsan pelanggan kedai utk bg makanan.. yg aku puji sikapnya dia tak kacau orang yg tgh makan.

Rakan2 pjbt pun menyaran supaya ambik kucing tu...sehinggalah aku bertanyakan kepada tuan kedai ..kucing berkenaan bertuan atau tidak...Setelah dikenalpasti tidak bertuan aku pun terus mengambil n letak ke dalam kotak....

Bagus kucing ni letak dalam kotak pun senyap je...lunch hour aku terus drive balik ke rumah untuk hantar kucing tu...

Aku pastikan dia duk dlm rumah & tidak keluar...

puas ku fikirkan nama..yang terlintas hanyalah nama kuning panggilan manja uning...dan aku bela sehingga ke hari ini..sampailah berkembang zuriatnya...



Gelagatnya memang mencuit hati kami sekeluarga...bagi rakan2 yang membela haiwan kesayangan hanya anda yang tahu betapa hepi & rindunya nak lihat gelagat diorang setiap hari....

Nota: Kisah ini adalah pada Jun 2009.. baru hari ini berpeluang aku mencatatnya..maklumlah nak refresh balik kisah ni memakan masa..walaupun ada yg tertinggal...terima kasih yg tidak terhingga kpd rakan2 yg menjaga secara sementara sebelum kuning dibawa pulang ke rumah...Sekurang-kurangya seandainya suatu hari nanti bila aku tiada upaya nk mengingat.. blog ini boleh kembalikan nostalgia...Wallahu 'alam bissawab




2 comments:

meowwmania berkata...

bertuah si Uning :)

Rosmawati Yusof berkata...

Hi manja Uning.... kiut, gedix happy sgt tengok kamu...

Catat Ulasan

CoMMent SiKiT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...