Halaman

Kawan-Kawan Blog MyCorNer..SELAMAT DATANG

Sabtu, 18 Disember 2010

Makanan Kucing



Sekarang ni pelbagai jenis makanan kucing yang berada di pasaran seperti Whiskas, Friskies, Smarheart,  IAMS,Royal Canine, Science Plan, Blackwood dan pelbagai lagi.


Area sini saya tak pernah nampak lagi jenis  IAMS,Royal Canine, Science Plan & Blackwood. 


Kucing-kucing di rumah saya lain2 ragamnya. Seperti Kuning kebih gemarkan makan nasi digaul dengan ikan(rebus) kadang-kadang makan juga dryfood.


Kecik plak lebih kepada Smarheart berbeza dgn Kelabu kadang2 Smarheart kadang2 nasi digaul ngn ikan. Anak2 kucing semua bedal.
Yang baby tu still menyusu la buat masa ni..




Biasa kalau bangun pagi2 saya akan rebuskan ikan dan bancuh susu. 


Biasanya anak2 kucing di asingkan daripada kucing dewasa coz diorg ni suka makan selagi makanan di depan mata.
Jenis Kuning plak bila kucing lain makan makanan dia for sure dia akan stop dan tak makan. Jenis Kuning ni tak suka berebut-rebut dia lebih suka mengalah.


Kalau kucing makan nasi gaul ngn ikan saya akan pastikan nasi tersebut abis di makan kalau tak abis di makan saya akan buang coz Vet bgthu jika dibiar lama2 akan dihinggapi lalat dan for sure akan bertelur dan blh memberi kesan kpd kesihatan kucing. Untuk kesihatan mereka makanan tu saya tak kan biarkan begitu je...


Kalau Kecik dan Kelabu pulak dulu blh mkn sekali tp sekarang ni sejak masing2 lahirkan anak diorg dah tak sebulu. Asyik nak bergaduh je. So apa yg saya buat diorg kene mkn asing2. 


Dalam forum kitten.com.my  dinyatakan brand seperti Whiskas, Friskies, smartheart tidak sesuai kepada kucing. Saya nk kene confirmkn dgn vet la risau jgk bg makanan yg tak sepatutnya...



Hari tu Vet ada bgthu salah satu jenis makanan yg bagus dan sesuai utk kucing adalah keluaran Cargill. Siap dapat sample percuma blhla test selera diorg...bentuk dry food jenis ini besar sikit drp yang saya pernah tengok spt Friskies/Whiskas/Smartheart.


Saya pernah baca info tetapi tak pasti di mana, makanan kucing yang ditinkan tidak sesuai diberi kepada kucing kerana boleh menyebabkan kucing terkena batu karang. Kalau dulu pernah jugak bg Kuning makan tp lepas dah tahu info tu terus stop.


Memandangkan vet pernah bg sample makanan kucing ingat slow2 nak tukar la bg kucing2 ni makan....or rakan2 ada cadangan makanan kucing yg bersesuaian..



















1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saya bg meme (name kucing saye) makan Science Plan. Dulu makan Royal Canin. Tp sebab ade issue halal haram, sy pon stop. Then tukar Science Plan. Maklum la, Meme ni ngade2 sikit, makan kadang2 kene sy suap. Lg pn, Kadang2 saye gaul kan kibbies ngn makanan dalam tin sikit :)

Catat Ulasan

CoMMent SiKiT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...