Halaman

Kawan-Kawan Blog MyCorNer..SELAMAT DATANG

Rabu, 16 Mei 2012

Parasit& Bekas Gigitan Cengkenit & Luka

Parasit boleh menyebabkan kucing dijangkiti kutu, fungus & sakit kulit
Kadang2 kucing kena pelbagai penyakit di kulit mereka sehingga ada yang menyebabkannya kudis, bulu luruh & kadang2 diorg menggaru apabila tidak selesa...
Jom kita lihat gambar2 dibawah & kegunaan ubatan berkenaan..



Gambar di atas adalah jenis syrup ITIN VET Oral Solution kegunaan bg jangkitan parasit
PENTING: tidak sesuai  diberi kpd kucing yang hamil,menyusu & juga kitten yg berumur sehingga 6 minggu.
Cara & sukatannya ada disertakan pada botol berkenaan


Minyak gamat ni boleh digunakan bg kucing yg mengalami  luka2, bekas di gigit cengkenit yang berbisa & kurap.,,kira minyak ni serbaguna jugakla tidak terhad kpd manusia sahaja malahan kucing juga boleh...
PENTING: Bagi kucing yg dijangkiti kurap bukan semua kucing sesuai disapu minyak gamat lebih baik hentikan & rujuk kepada Veterinar 




Krim ini saya dapatkan di Veterinar Kerajaan..amat sesuai di sapu pada luka selepas pembedahan spt spaying & neuter serta luka2 lain amat berkesan..

PENTING: pakaikan collar untuk elakkan kucing menjilat ubat berkenaan....


Jelly gamat antara  yang paling bagus bagi rawatan di rumah. pernah terjadi kepada kucing2 saya yang luka akibat komplikasi pembedahan(spaying /neuter),sesuai selepas pembedahan spaying & neuter & luka2 lain yang dikira teruk juga la...hanya syringekan bbrp ml setiap hari (2kali shari) ..Insyaallah kulit cepat bertangkup sambil2 tu sapukan sekali pada luka berkenaan krim berwarna oren (spt di atas)

Nota:  saya bukan veterinar tetapi hanya berkongsi melalui pengalaman .


0 comments:

Catat Ulasan

CoMMent SiKiT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...