Halaman

MyCorner Friends

Ahad, 18 Januari 2015

Kisah Toma

Lama bebenor x update blog...kesibukan dengan kerja dan kisah toma x sihat betul2 menjadikan hari2 makin sibuk.

21 December 2014

Hati mana yang tak sedih bila anak bulus menjerit sakit..kisahnya pagi tu toma x selera makan..bila balik keje masih monyok..malamnya ajak tido dalam rumah..selang beberapa jam asyik menjerit sakit..kejap duk sana kejap duk sini.Toma memang tak tido pun malam tu...


Gambar Toma masa malam 21 December 2014

Sedih tengok keadaannya masa ni..x senang duduk

Dalam keadaan dia camtu saya pun whatsapp ngn Dr Vet private di Geliga dan terus buat temujanji seawal yang mungkin. Memandangkan saya pun dah sakit belakang yang amat makanya saya terpaksa ambik cuti kecemasan.

Sampai je di klinik haiwan kemaman, Toma yang biasanya takut dengan orang asing ..sangat2 baik Dr Vet katalah..hehehe..

ok berbalik kisah sakitnya tu..setelah Dr vet cek dan beliau mengatakan palpate pundi kencing toma dah penuh dan Dr vet terpaksa keluarkan air kencing dan pasang tiub. Air kencingnya ada bercampur darah walaupun bukan merah sangat2 air kencingnya.  Selepas tiub yang dipanggil catheter itu Dr vet ada bgthu ianya cam ada blocking dlm pundi mungkin pasir/batu karang yang telah terbentuk dan terkumpul..Walaubagaimanapun Toma dibenarkan pulang dan perlu datang balik 3 hari kemudian untuk lihat sama ada dah ok atau tidak. Dalam tempoh itu Toma masih aktif cuma x mkn .minum pun di paksa guna picagari untuk elakkan dehidrate.

dipakaikan e-collar memandangkan


Saranan Dr Vet Toma perlu pakai e-collar selama 3hari memandangkan catheter dipasang dan air kencing keluar non stop 24jam sehari risau jika dia menjilat anunya..walaubagaimanapun syukur e-collar saya buka dan Toma langsung x cakna untuk jilat anunya..dalam masa yang sama kene lap2 badan toma yg terkena air kencing dan tukar segala alas untuk elakkan hancing...


Kisahnya akan bersambung next entry...



Nota: masa ni hujan lebat dan banjir di Kemaman...

0 comments:

Catat Ulasan

CoMMent SiKiT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...