Halaman

MyCorner Friends

Jumaat, 29 November 2013

Homemade wet cat food


Bahan2
1kg  ikan selayang yg siap disiang
3 batang lobak merah
1/2 ikat bayam
agar-agar
air tapis (untuk rebus ikan dan juga agar2)
Cara nak membuatnya

Rebus ikan bersama lobak(potong 3 bg setiap batang biar cepat empuk) 
setelah itu angkat ikan dan lobak.
Bayam dicelur ke dalam air yang sama
 ikan diasingkan tulang 
Lepas tu boleh blend kesemua item tu..terpulang nak campur sekali gus or satu persatu sebab nanti kene gaulkan jugak semua tu. Air rebusan tadi turut dicampur untuk diblend bersama2 3 item berkenaan.

Untuk keraskan makanan tersebut agar2 direbus (boleh je nak guna yg debu atau spt dlm gambar)...agak2 brp byk nk guna  utk keraskan mkanan td tu.. nak campurkan sedikit garam pun ok dalam agar2.

setelah semuanya siap gaulkan sekali lagi kesemuanya dengan agar2..lepas tu boleh la letak dlm peti ais.


Jika nak buat stok banyak2...hanya yang digunakan sahaja letak dalam peti ais yang bukan untuk sejuk beku. Yang lain2nya letak dalam sejuk beku dulu.

kalau ada supplement dalam bentuk cecair  contoh fish oil especially kucing yg payah nk makan supplement blh ddigaulkan time nak dihidangkan kepada mereka.. 

Penting: Ikan tongkol bukan semua kucing sesuai memakannya. Ini kali keempat saya buat dan pertama kali menggunakan ikan selayang kerana ada sekor kucing saya didapati mengalami gatal2.. 
 mujurla jadi ..malam tadi semangat nak buat tetiba xde letrik kucing plak duk betul2 dekat time tengah asingkan tulang huhuhu

 ni kuning dah tak sabar


nyum..nyum..saya sendiri pun terliur tengok...

1 comments:

ummufaqeha berkata...

Nak try la..thank you 4 sharing..;)

Catat Ulasan

CoMMent SiKiT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...