Halaman

MyCorner Friends

Khamis, 26 September 2013

Nemo Dalam Kenangan 5 April 2011 -22 Sept 2013


Masih tersentak atas apa yang terjadi pada Nemo, walhal saya sendiri masa tu masih lagi bersedih atas pemergian ibu tersayang...


Video kenangan yang amat mengusik jiwa saya..

 Walaupun dia kuat berjalan tapi jika dipanggil Nemo akan menyahut utk pulang..sehari sebelum kejadian sebaik sahaja balik dari kerja terus cari nemo dan letak dalam kereta.tergolek2 dia dekat seat kereta dan terus duduk di belakang..tapi amat2 tak sangka..kerana itu yang terakhir....
Ketika Maghrib hampir, tetiba jiran (bukan sebelah rumah tp jauh sket) datang memaklumkan dia terlanggar kucing dan dia takut seandainya Nemo. Digali balik tempat tertanamnya nemo rasa luluhnya hati ini sememangnya dia..Saya tak salahkan jiran berkenaan..mungkin itu dah takdir walaupun saya sendiri rasa bersalah atas apa yg terjadi padanya..sepanjang saya membela kucing inilah insiden pertama kucing peliharaan saya mati dilanggar.

Ku tahu Nemo memang suka memanjat tapi kali ni ntah camna blh terjadi insiden ni saya pun tak tahu...Owner yang bela haiwan mungkin sentiasa alert sebelum kenderaan digerakkan, kita akan lihat dulu ada atau tidak haiwan yang menumpang di bawah kereta..berbeza bagi mereka yg tidak mempunyai haiwan peliharaan..ada yang jenis start enjin kereta terus gerak..x sempat haiwan berkenaan selamatkan diri mungkin ini yg terjadi pada Nemo. Dah itu takdir Nemo dan jiran pun berasa bersalah atas apa yang terjadi, terima kasih sebab maklumkan pada saya ..kalau tak berhari2 saya pergi cari dan memanggil nemo di kawasan umah jiran berkenaan.

Nemo paling manja, peneman tido dan pandai memujuk ...hati ini masih lagi terbayang2 keadaan Nemo betapa seksanya dia dan sampaikan saya sendiri termimpi2kan dia..

Nota: Nemo disemadikan di rumah jiran berkenaan.. RIP Nemo sayang..

5 comments:

meowwmania berkata...

takziah Norhana...sy tumpang bersedih dgn apa yang berlaku, moga awak tabah menghadapi kehilangan ini

didoakan moga arwah ibu Norhana ditempatkan di kalangan org2 yg beriman, amin...

HUD AIKARA berkata...

tahziah ana...RIP nemo sayang...

Iela Lullaby berkata...

RIP Nemo... :'(

Wan Azreen Ariff berkata...

Salam takziah.
Moga Norhana tabah dan sabar. Mereka datang dan pergi membawa seribu cerita bahagia dan duka. Mewarnai dan menceriakan hidup kita. Akan ada penggantinya.

Reen sendiri pernah melaluinya. Ambil masa juga untuk mengubat jiwa ini.RIP Nemo yang comel. wajahnya saling tak tumpah dengan si Belang Reen yang ilang.

ery D cat berkata...

takziah hana...paham perasaan tu...semoga tabah ya...RIP nemo syg...

Catat Ulasan

CoMMent SiKiT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...